Download Aplikasi SantriLampung.

You may want to read this post:

Ciri Hamba yang Istiqomah

Kita selalu mendengar kata ISTIQAMAH Apakah itu Istiqamah? Istiqamah bermakna: Berpendirian yang teguh di atas jalan yang lurus. Berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan yang terbaik. Tidak berubah dan berpaling walau dalam apa jua keadaan sekalipun .

Allah SWT berfirman dalam surah Hud ayat 112:

‎فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير

"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". (Q.S Hud :112 ).

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam Surah Fussilat, ayat 30:

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu"". (Q.S Fushshilat 30).

Adapun dalil istiqamah di dalam hadith, Rasulullah SAW bersabda:

‎:عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ :
‎يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ [رواه مسلم]

Abu amr, (ada yang menyebutnya Abu Amrah) Sufyan bin Abdillah ra. Berkata kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, katakan kepadaku perkataan tentang islam yang tidak akan aku tanyakan kepada selain engkau!" Beliau bersabda, 'Katakanlah, 'Amantu Billah (Aku beriman kepada Allah), kemudian istiqamalah'." (HR. Imam Muslim)

Riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda: ” Dari Aisyah r.a. berkata : Nabi pernah ditanya :”Manakah amal yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda :”Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit”. Beliau bersabda lagi :”Dan lakukanlah amal-amal itu, sekadar kalian sanggup melakukannya.” (HR. Bukhari)

Adapun ciri-ciri Hamba Allah SWT yang Istiqamah iaitu memelihara 10 perkara sebagai kewajiban pada dirinya, iaitu :

1. Menjaga lisan, agar tidak mengatakan keburukan kepada orang lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud : ”Janganlah sebagian kamu menggunjing (mengatakan buruk) kepada yang lain “. (Al-hujarat 12).

2. Menghindari prasangka buruk.

Firman Allah SWT yang bermaksud ; ” Hindarilah umumnya pransangka buruk terhadap sesama umat Islam, sebab prasangka buruk termasuk / di antara perbuatan dosa". (QS. Al-hujarat : 12).

3. Menghindarkan diri daripada menghina/mencela orang lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ” Janganlah suatu kaum menghina kaum lainnya, boleh jadi yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina….” ( QS. Al-hujarat :11 ).

4. Membatasi pandangan mata/memejamkan pandangan mata dari hal-hal yang dilarang.

Firman Allah SWT : “serukanlah kepada orang-orang yang mukmin lelaki supaya merendahkan matanya dari melihat yang terlarang “. (QS. An-nur : 30).

5. Bercakap yang benar.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan apabila kamu berkata, maka berlaku adillah/benar ” (QS. Al-An’am : 152).

6. Menginfaqkan harta fi sabilillah/membelanjakan hartanya pada keperluan agama.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Belanjakanlah yang baik-baik dari harta yang diusahakan olehmu.” (QS. Al-Baqarah 267).

7. Tidak bersikap berlebih-lebihan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Janganlah kamu berlaku terlalu boros ”. ( QS. Al-Isra’ : 26 ).

8. Tidak suka menunjuk-nunjuk dan membanggakan diri.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Itulah kampung akhirat, Kami jadikan buat orang-orang yang tidak menuntut keluhuran di bumi/di dunia, dan tidak pula berbuat binasa. Akibat yang baik bagi orang-orang bertakwa ” (QS.Qashash 83).

9. Menjaga solat 5 waktu dengan baik.

Firman Allah SWT yang bermaksud : ” Peliharalah semua solat dan solat yang pilihan/wustaa (Asar). Tegakkanlah semata kerana Allah dan mematuhiNya.“(Al-Baqarahh 238)

10. Istiqamah pada ajaran Ahlus-Sunnah wal-jama’ah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bahwasanya inilah jalanKu yang lurus, untuk itu turutilah jalanKu itu, dan janganlah kalian turuti jalan-jalan lainnya, nanti kamu berantakan/berpisah-pisah dari jalanNya”. (Al-An’am 153).

Ya Allah jadikan kami hambaMu yang dapat istiqamah dalam semua amalan ibadah kami. Terimalah amalan kami ya Allah, ikhlaskanlah hati kami dalam kelakukan amalan dalam hidup kami. Mudah-Mudahan kami menjadi hambaMu yang terbaik dalam hidup di dunia ini.

Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin

Wallahu A'lam...

Santri Lampung

Posting Komentar

Silahkan anda berkomentar, namun tetap jaga kesopanan dengan tidak melakukan komentar spam.
 
Desain Kalender 2025 Download

Ads by Google Pasang Iklan Klik Disini
Daftar Baca :
Sαƙʅαɾ Jιɯα - ⓢⓤⓑⓐⓡⓓⓘ.ⓒⓞⓜ Developed by Jago Desain